Diskusi Duha 9 Februari 2018

Diskusi Duha pada kali ini telah disampaikan oleh Prof Dr Norita Md Norwawi, Pengarah Institut Sains Islam dengan tajuk "Tetamu Syria Menjemput Rezeki". Diskusi ini dihadiri oleh kakitangan dan juga pelajar USIM. Diskusi yang disampaikan membincangkan tentang memuliakan tetamu, saudara-saudara Syria sebagai tetamu bukan sebagai pelarian, perkongsian pengalaman oleh Prof Norita semasa Global Islamic Student Outreach (GISO) Syrian We Care ke bumi Turki. Terdapat pelbagai ibrah dan pengajaran dapat diambil semasa diskusi ini. Antaranya ialah konsep memuliakan sauda-saudara seagama sepertimana kisah semasa hijrah iaitu Muhajirin dan Ansar dan banyak lagi.

VIDEO

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.