LAWATAN DARI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) MALIKI MALANG

aktvt 1

Tarikh Program       : 29 Mei 2015 (Jumaat)

Tempat Program    : Bilik Mesyuarat Insitut Sains Islam, Pusat Tamhidi

Lawatan dari UIN Maliki Malang ini diwakili oleh Prof. Dr. H. Muhaimin, Dr. H. Su’aib H. Muhammad, dan En. Aris Munandar. Tujuan lawatan ini adalah unutk membentangkan projek yang telah dijalankan oleh UIN Malang iaitu Mushaf Ulil Albab, iaitu mushaf lengkap dengan pengiraan bilangan perkataan, indeks dan sebagainya. Dr. H. Su’aib mencadangkan satu kerjasama antara ISI dengan UIN Malang untuk mencipta perisian bagi memudahkan penggunaan dan penyebaran mushaf ini. Beliau bersetuju bahawa dengan penggunaan teknologi moden, mushaf ini mampu dikembangkan dan mudah digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Beliau juga bersetuju untuk datang ke USIM untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada warga USIM berkenaan mushaf ini dan berharap satu kerjasama dapat diwujudkan antara USIM dengan UIN Maliki Malang.

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.