Makers Camp @CSM

Pada 19-22 Mac 2018, Institut Sains Islam dengan kerjasama Cinta Syria Malaysia(CSM) telah menganjurkan Makers Camp @CSM bertempat di Alternative Education Centre CSM, Bandar Seri Putri. Program selama 4 hari ini telah disampaikan oleh Prof.Dr. Nizar Ghazi Freisan, Pengasas The Science of Invention and Development (SID) Team in Syrian Universities. Seramai 11 peserta terdiri daripada warga Syria dan tempatan telah menyertai Makers Camp ini. Melalui program ini, peserta dapat membuka minda tentang inovasi yang diilhamkan berdasarkan daripada fenomena alam. Peserta juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang Fiqh Teknologi Islam. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan kemudiannya menyumbang kepada Islam, Ummah dan Negara.

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.