Objektif & Fungsi ISI

Objektif ISI

  • Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul dalam bidang Sains Islam.
  • Mentransformasi penyelidikan ke arah melahirkan Pusat Kecemerlangan (CoE) berteraskan Sains Islam.
  • Memartabatkan bidang Sains Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan global.
  • Melahirkan bakat dan kepakaran dalam bidang Sains Islam yang berpotensi tinggi untuk memimpin dan menerajui pembangunan ummah serta kemanusiaan sejagat.
  • Menyebarluaskan kefahaman Sains Islam merentasi bidang dan tahap pendidikan.

Fungsi ISI

  • Menjalankan penyelidikan dan penerbitan berkaitan bidang Sains Islam.
  • Memperkasa Pembudayaan Penyelidikan dalam kalangan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan
  • Menyelaras Penyelidikan Pelbagai Bidang/ Rentas Bidang
  • Menguruskan permohonan geran penyelidikan, menyelaras aktiviti penyelidikan dan memantau pencapaian geran penyelidikan di bawah ISI.
  • Mempromosi dan memperhubungkan jalinan kerjasama Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan dengan pihak luar.
  • Menggalakkan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan di bawah ISI untuk menubuhkan Syarikat Mula.
  • Menyelaras penganjuran perundingan dan latihan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan di bawah ISI.
  • Menawarkan serta menguruskan program Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Islam.
  • Menguruskan penawaran Kursus Sains Islam.
  • Menguruskan program, wacana dan latihan Sains Islam.
  • Menguruskan program dan aktiviti persatuan pelajar di bawah ISI yang berkaitan dengan reka cipta, inovasi dan Sains Islam.
  • Menguruskan penerbitan Sains Islam di bawah ISI dan penyelidikan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan.
  • Melaksanakan program-program untuk penjanaan dana ISI.
  • Menyelaras permohonan dan pengurusan dana berbentuk endowmen/ wakaf/ zakat/ geran/ sumbangan di bawah ISI.

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.