Diskusi Duha 23 Mac 2018

Diskusi Duha pada kali ini telah disampaikan oleh Dr Muhammad Widus Sempo, Timbalan Pengarah Institut Sains Islam dengan tajuk "Falsafah Al-Quran Mengenai Sains". Diskusi ini dihadiri oleh kakitangan dan juga pelajar USIM. Diskusi yang disampaikan membincangkan tentang bagaimana Al-Quran berfalsafah ketika membincangkan tentang perkara-perkara sains. Dalam sains, ada perkara yang masih memerlukan analisis yang berlanjutan, dimana penemuan daripada ulama terdahulu tentang sains bukanlah hasil keputusan yang tetap, tetapi boleh diubah lagi seiring dengan penemuan masa kini. Diharap semua pendengar dapat mengambil manfaat daripada ilmu yang disampaikan.

VIDEO

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: عنوان البريد الإلكتروني هذا محمي من روبوتات السبام. يجب عليك تفعيل الجافاسكربت لرؤيته.